Hit Counter: 0

SEMINAR UNTUK INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)

 

(    ) PSMB/27/16 Kulit 9
6 Mei 2005 

Y Bhg Dato’ / Datuk / Tuan / Puan

SEMINAR UNTUK INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)

Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2.    Seminar Industri Kecil dan Sederhana ini diadakan khusus bagi majikan-majikan Industri Kecil dan Sederhana di Zon Selatan (Negeri Sembilan, Melaka dan Johor) yang didapati masih lagi kurang aktif untuk melatih semula pekerja mereka. Selaras dengan tujuan seminar tersebut, tema seminar ialah “Untuk Meningkatkan Daya Saing Di Kalangan Majikan Perusahaan Kecil Sederhana”. Adalah diharapkan melalui seminar ini, kesedaran di kalangan majikan-majikan tersebut terhadap pentingnya latihan semula dan peningkatan kemahiran pekerja dapat dipertingkatkan.

3.    Seminar ini akan dirasmikan oleh Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn, Menteri Sumber Manusia pada tarikh, masa dan tempat berikut:-

Tarikh : 14 Jun 2005 (Selasa)
Masa   : 8.30 pagi
Tempat : Ballroom II, Aras 6, Hotel Eden Garden, Johor Bahru, Johor.

4.    Bagi makluman Y. Bhg Dato’/Datuk/Tuan/Puan, seminar ini tidak dikenakan bayaran. Bersama-sama ini disertakan Aturcara Seminar (Lampiran A), Borang Pengesahan Kehadiran (Lampiran B) dan Peta Lokasi (Lampiran C) untuk makluman tuan. Seramai tiga orang dari kalangan Ahli Korporat akan menyampaikan ceramah dalam majlis ini. Ceramah yang diberi akan disampaikan dalam Bahasa Mandarin.

5.    Y. Bhg Dato’/Datuk/Tuan/Puan adalah dijemput menghadiri seminar tersebut. Bagi melicinkan perancangan seminar tersebut, sukacitanya sekiranya Borang Pengesahan Kehadiran dihantar sebelum atau pada 1 Jun 2005.

 

Sekian, terima kasih.

“PEKERJA TERLATIH MENJANA KECEMERLANGAN”
“BERSAMAMU MEMBINA DAYA SAING NEGARA”

 

Yang ikhlas,


(SHAHRIL BIN HASSAN)
Pengurus BesarBahagian Pembangunan Sumber Latihan
b.p. Ketua Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia Berhad


[Registration Form]

117214123105.gif109523185719.gif109523185540.gif111622114032.gif113603093720.gif116608155242.gif114415112723.gif112730114539.gif