Hit Counter: 0

Iskandar Malaysia hab beli-belah

[ 17-08-2010 ]
Iskandar Malaysia hab beli-belah

KULAIJAYA: Iskandar Malaysia bakal menjadi hab membeli-belah utama di rantau ini menjelang Oktober tahun depan, dengan pembukaan pusat beli-belah premier, Johor Premier Outlet (JPO) di Bandar Indahpura, di sini.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata kerajaan negeri menyambut baik projek bernilai RM149 juta itu yang akan dilaksanakan secara usaha sama oleh Kumpulan Genting Group dan Kumpulan Simon Property dari Amerika Syarikat (AS).

Beliau percaya, pembukaan JPO pada hujung tahun depan itu bukan saja dapat menarik rakyat Johor, terutama penggemar barangan berjenama, malah warga jiran Singapura serta negara lain.

“Saya berbangga dapat merasmikan sebuah lagi pembangunan menarik di Iskandar Malaysia, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi wilayah ini dan seterusnya negeri tidak lama lagi.

 “Operasinya di lokasi strategik berhampiran kemudahan laluan utama Lebuhraya Utara Selatan dan Laluan LinkKedua serta kemudahan udara iaitu Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai juga dijangka akan menarik lebih ramai pelancong tempatan dan luar negara ke sini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada sidang media selepas melancarkan Majlis Pecah Tanah JPO di sini.

Hadir sama, Pengerusi merangkap Ketua Eksekutif Genting Bhd, Tan Seri Lim Kok Thay dan Ketua Pegawai Eksekutif Premuim Outlet, John R Klein.

Abdul Ghani berkata, kerajaan negeri difahamkan AirAsia juga menyedari kemasukan pelbagai pelaburan ke Iskandar Malaysia, yang dijangka menerima sejumlah besar pengunjung bermula hujung 2011.

 “Tentunya dengan pelbagai projek seperti Johor Premium Outlet dan Legoland yang dijangka beroperasi pada hujung 2011 dan pertengahan 2012, AirAsia akan menjangkakan permintaan tinggi bagi perkhidmatan tinggi bagi perkhidmatan syarikat itu nanti,” katanya.

JPO yang dibangunkan atas kawasan seluas 1.63 hektar itu akan menawarkan pelbagai barangan berjenama oleh pereka terkenal dunia termasuk pakaian lelaki dan wanita, pakaian sukan, pakaian kanak-kanak, kasut dan aksesori.

Sementara itu, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Kumpulan Genting, Tan Seri Lim Kok Thay, berkata JPO di percayai akan menjadi pusat beli-belah unggul pertama di pasaran Asia Tenggara, menawarkan kira-kira 90 barangan berjenama seluruh dunia.

Ia antaranya merangkumi barangan kanak-kanak, sukan, kasut, aksesori fesyen, dan barangan kemas pada harga lebih murah antara 25 hingga 65 peratus berbanding harga biasa.

117214123105.gif111622114032.gif116608155242.gif109523185719.gif112730114539.gif118702193755.gif109523185540.gif113603093720.gif