Hit Counter: 0

16 PKS tempatan selenggara kapal

[ 08-12-2007 ]
16 PKS tempatan selenggara kapal

16 PKS tempatan selenggara kapal

BOUSTEAD Naval Shipyard Sdn Bhd (BN Shipyard) semalam memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan 16 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan bernilai kira-kira RM100 juta sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Lima 2007), di sini.

Perjanjian itu membabitkan skop kerja pembinaan kapal seperti kerja menyelenggara, membaik pulih, bekalan sumber manusia untuk kerja mengecat, elektrikal dan pemasangan jentera.

Ia sebahagian daripada program pembangunan pembekalan syarikat itu bagi meningkatkan keupayaan dan kepakaran syarikat tempatan dalam industri maritim negara.

Pengarah Urusan BN Shipyard, Laksamana Madya (B) Datuk Seri Ahmad Ramli Mohd Nor, berkata selepas melalui masa sukar beberapa tahun kebelakangan ini, syarikat itu mula mendapat kepercayaan kerajaan, termasuk membina kapal ronda generasi baru Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"Dalam masa terdekat ini, kita juga akan mengikat beberapa kontrak pembinaan kapal yang bernilai hampir RM1 bilion, termasuk pembinaan hotel terapung di Finland dan kapal mewah," katanya.

Beliau berkata demikian pada i majlis penamaan kapal ronda TLDM generasi baru – KD Terengganu – oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah di Limbungan Boustead Yacht Sdn Bhd di Tanjung Lembong di sini, semalam.

source: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Nasional/20071206230450/Article/print_html

113603093720.gif116608155242.gif112730114539.gif114415112723.gif117214123105.gif109523185719.gif111622114032.gif109523185540.gif