Hit Counter: 0

Welcome to visit SME Association of South Johor website

Sektor PKS dijangka terus berkembang



MOHAMED KHALED (lima dari kanan) dan Presiden PKS
cawangan Johor Selatan, Teh Kee Sin (empat dari
kanan) serta ahli persatuan mengacau yee sang pada
majlis pelancaran laman web persatuan PKS Johor Selatan.
– Gambar oleh Amran Hamid

JOHOR BAHRU: Pertumbuhan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) penting bagi menjana ekonomi negara yang dijangka terus berkembang pada tahun akan datang, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamed Khaled Nordin.

Katanya, kerajaan mengiktiraf sumbangan PKS dalam pertumbuhan ekonomi swasta yang kini menjadi nadi kepada kemakmuran ekonomi negara ini.

"Dulu, sebaik saja merdeka ekonomi negara bergantung penuh kepada pembabitan kerajaan, kemudahan prasarana disediakan oleh pemerintah tetapi kini pihak swasta bersama-sama kerajaan untuk membangunkan negara ini.

"Oleh itu, kerajaan mahu PKS terus maju dan Perdana Menteri sendiri terbabit secara langsung dengan PKS apabila bersetuju mengetuai majlis pembangunan PKS negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran laman web Persatuan PKS Johor Selatan, di sini, malam kelmarin.

Persatuan PKS Johor Selatan yang ditubuhkan kira-kira tiga tahun lalu adalah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang aktif mengembangkan industri berkenaan di negeri ini.

Mohamed Khaled berkata, kerajaan juga sudah bersetuju menubuhkan Bank PKS bagi memberi kemudahan pinjaman modal kepada pengusaha PKS baru serta penguasaha lama yang ingin mengembangkan perniagaan mereka.

Katanya, pelancaran penubuhan bank itu akan dibuat sebelum akhir tahun ini bagi membantu pengusaha PKS yang sering mengadu sukar untuk mendapat pinjaman dari institusi kewangan tempatan.

Berhubung penubuhan persatuan PKS, Mohamed Khaled berkata, persatuan berkenaan boleh memberi maklumat terkini kepada kerajaan mengenai keperluan pengusaha PKS untuk terus menjana ekonomi negara.

Katanya, maklumat itu penting bagi memudahkan kerajaan mengambil langkah sewajarnya untuk mengemaskinikan PKS di negara ini.

Selain itu, katanya, pengusaha PKS perlu memperkasakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk terus bersaing dalam ekonomi global yang tanpa sempadan itu.

Katanya, kemahiran dalam ICT akan memberi kelebihan kepada pengusaha PKS tempatan bagi memasarkan produk mereka.
 

 
113603093720.gif117214123105.gif109523185719.gif118702193755.gif112730114539.gif114415112723.gif116608155242.gif111622114032.gif
商家目录 Business Directory
友情链接 Affiliates